Monday, August 8

ICP Capture Order

Sejak kedai tanjung mantap dibukak, pemprosesan permohonan talian baru dari pelanggan banyak berubah sejajar dengan kemajuan teknologi dan kehendak pasaran yg telah berkembang ditambah lagi dengan inisiatif dari pihak ngomen untuk mencapai sasaran 80 peratus penduduk di muka bumi malaysia akan mendapat perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tanjung mantap.

Pada dekad 90 an, permohonan talian baru dibuat dengan pelanggan mengisi satu borang permohonan talian baru dan kemudian pihak kaunter akan menghantar borang kepada staff pemasangan talian pada penghujung hari. Biasanya perkhidmatan dapat disediakan untuk pelanggan dalam masa 7 hari bergantung kepada keadaan ketika itu (bergantung jika tanjung mantap dapat menyediakan perkhidmatan di kawasan yg direkues oleh pelanggan).

Sesungguhnya cara pemprosesan ketika itu dianggap amat lembab oleh pelanggan (mungkin permintaan yg amat tinggi) dan tidak efisien bagi pihak kaunter. Oleh kerana itu pihak management memperkenalkan aplikasi Cass untuk mempermudahkan kerja pihak kaunter dan ternyata aplikasi ini amat efektif untuk pihak kaunter.

Namun begitu, setelah beberapa tahun dengan permintaan pasaran yang semakin banyak dan berubah, aplikasi ini gagal untuk menampung kerja pihak kaunter dan banyak kelemahan aplikasi ini telah menjejaskan prestasi pihak kaunter dari segi jualan dan juga perkhidmatan.

Justeru itu, pihak management sekali lagi tampil memperkenalkan aplikasi siebel yg diramalkan oleh mereka "satu masa depan utk tanjung mantap". Tetapi aplikasi ini ternyata gagal dan menyebabkan pihak kaunter masih berpegang teguh pada aplikasi lama yg mereka gunakan.

Antara faktor utama kegagalan aplikasi siebel adalah ia nya tidak mesra pengguna dan web antaramukanya yg amat mengelirukan tidak banyak membantu pengguna. Maka setelah beberapa bulan aplikasi ini diperkenalkan, majoriti pengguna tidak menggunakannya lagi.

Setelah inisiatif ngomen diperkenalkan pada tahun lepas, pihak management tanjung mantap sekali lagi memperkenalkan satu aplikasi yg dikenali sebagai icp. Aplikasi ini pada asasnya adalah sama dengan aplikasi 'gagal' siebel tapi telah diperbaiki kelemahannya. Walaupun aplikasi ini baru diperkenalkan beberapa bulan ini, nampaknya masa depan aplikasi ini amat cerah setelah aplikasi telah diimplentasi bermula di selangor, penang, melaka dan johor.

Pada bulan ini, sarawak antara cawangan yang akan menukar aplikasi yg sedia ada kepada aplikasi icp. Diharap aplikasi ini dapat menampung beban kerja pihak kaunter dan moga tanjung mantap mara ke hadapan di arena jalur lebar kelak.


ps: with new application u get install everything on the same day. depends on situation.

No comments: