Hari: Ahad.
Waktu: Pukul 2.30 petang.
Lokasi: Kafe HB2.
Sebelum kejadian, penulis tengah melakukan persediaan untuk peperiksaan akhir semester dua yang akan didudukinya pada 8hb dan 10 hb( pray for my succes). Ketika itu dia terasa dahaga setelah dua jam menghadap laptopnya sahaja. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk oleh seseorang.. Tiada seorang pun di dalam bilik itu memberi perhatian terhadap ketukan itu dan meneruskan kerja masing-masing. Mungkin kerana tidak tahan dengan bunyi ketukan itu, rakan sebilik penulis pun membuka pintu. Rupa-rupanya, orang yang membuat ketukan adalah rakan penulis yang ingin mengajak penulis makan bersama-sama di kafe HB2.
Penulis pun menerima ajakan rakannya itu, jikalau tidak, dia mungkin akan dianggap sebagai lupa diri, tidak cool atau pemalat(pengkhianat dalam bahasa sarawak) oleh rakan-rakannya kelak. Setelah sampai di kafe, masih ramai lagi orang yang membeli makanan di situ. Mungkin mereka lewat bangun pada anggapan penulis. Rakan-rakan penulis terus pergi membeli makanan manakala penulis mencari tempat duduk untuk mereka menghadap sajian kelak.
Ada tiga orang rakan yang bersama penulis pada petang itu. Mereka adalah Ajis, Deevon dan Dol. Mereka juga adalah penuntut MMU seperti penulis. Ajis dan Deevon memilih nasi cik wan sebagai santapan mereka manakala Dol pula memilih nasi campur. Penulis hanya membeli ice lemon tea untuk menghilangkan rasa dahaganya yang telah lama dipendam sejam yang lalu.
Perbualan di antara penulis dan rakan-rakan adalah mengenai perlawanan bolasepak piala FA Inggeris yang berlangsung semalam. Penulis berasa kecewa dengan persembahan pasukannya iaitu Liverpool kerana tidak dapat menghasilkan keputusan yg lebih cemerlang namun begitu pasukannya telah layak untuk ke peringkat seterusnya dalam saingan piala itu. Selain itu, antara yang menjadi isu perbualan mereka adalah perlawanan piala sumbangsih yg juga berlangsung semalam. Walaupun perlawanan itu seolah-olah dipencilkan oleh pihak penyiaran atas dasar politik, tetapi banyak perkara positif yang boleh diambil penulis dalam kehidupannya.
Ketika penulis dan rakan-rakan rancak bersembang, kafe HB2 telah didatangi oleh seorang perempuan berpakaian merah jambu. Penulis mendapati suasana kafe itu tiba-tiba berubah dan menimbulkan syak wasangka buat penulis. Setelah habis menjamu selera, penulis dan rakan-rakan pergi ke kedai runcit untuk membeli barangan keperluan.
Sebelum balik ke bilik, penulis singgah dahulu di bilik Dol. Dol menunjukkan video mengenai meja yang mempunyai lampu yg akan berkelip apabila ada objek di hadapannya. Menurut Dol, lampu sedemikian telah dipasang di komputernya. Penulis berasa kagum dan berharap Dol berjaya di masa akan datang. Ajis pula terus menyambung sesi ulangkajinya manakala Deevon hanya gelakkan Dol.
Apabila penulis sampai ke bilik, dia menerima panggilan dari rakannya yang baru sahaja sampai ke Tanah Malaya dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa penulis pada esok hari.
Penulis berasa gembira kerana sudah tujuh tahun penulis tidak berjumpa dengan rakannya itu.
Penulis pun berazam untuk menyiapkan persiapannya secepat mungkin.
p/s: nang xda tujuan, lamak dah sik polah karangan Bm...
3 comments:
penggunaan bahasa mudah. check
kesinambungan. *angguk2 kepala
menepati tajuk. *geleng2 kepala
tatabahasa. okey
idea asal. yup
baik! boleh diperbaiki lagi. 89%
ps: aku pun boring juak.
haha, ya baruk xtauk mok komen apa.. nang boring lah..
nang boring eh. g kelas, lect x masok2 gk.
geram ati. mun dah aku mals nk g kelas, lect masok. *sigh...
Post a Comment